Ahad, 13 Mac 2011

Biodata IBLIS laknatullah

Nama : Iblis laknatullah

Tempat Lahir : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s

Status : Fasik kelas pertama

Agama : Kufur

Tempat Tinggal DI Dunia : Di dalam hati mereka yang lalai

Tempat Tinggal Di Akhirat : Neraka jahanam

Kawasan legarnya : Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah

Arah Perjalanan : Tiada haluan dan bengkang bengkok

Isteri di dunia : Setiap wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna dan tidak mentaati Allah, Rasul dan suaminya

Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah

Modal pusingan : Angan-angan kosong

Tempat pertemuan : Pasar dan pusat membeli belah

Musuh ketat : Orang Islam yang beriman dan bertaqwa

Kegemaran : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkan

Matlamat : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir dan sama-sama masuk ke neraka jahanam

Kelemahan : Bila orang membaca istighfar

Lambang : Sebarang tatu

Pejabat operasi : Tempat yang kotor dan tempat maksiat

Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan dari kalangan jin dan manusia

Sumber : Segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba

Makanan Kegemaran : Segala najis dan kotoran

Yang Ditakuti : Orang mukmin yang beriman dan bertaqwa kepada Allah

Tempoh perkhidmatan : Sehingga hari kiamat

InsyaAllah dengan adanya biodata sebegini kita akan lebih dapat mengenali musuh kita iaitu iblis laknatullah dan syaitan. Oleh itu marilah kita bersiap sedia untuk memperisaikan diri kita dengan iman yang teguh dan ketaqwaan yang utuh agar iblis dan syaitan gentar dengan kita sebagai mukmin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan